Pada 14 - 16 Mac lepas kami lima sekeluarga pergi mem'bonding'kan sesama sendiri ke Pulau Tioman. Okay bunyinya akan jadi sangat jakun sebab ni lah first time kitorang pergi Tioman tau tau. Seronok tau tau. Jakun tau tau. Okay diam.
Kepada sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke Tioman, entri kali ini rasanya mungkin berguna kot. Kot lah. Kot lah kot. Eeeeee annoyingnya tulis macam ini. Okay sambung.
Transport pergi macamana? Pergi Pulau Tioman ada dua pilihan. Sama ada naik flight iaitu Berjaya Air atau naik bot dari Jeti Merang. Kami pergi naik Berjaya Air. First time naik Berjaya Air tau tau. Tengok, jakun lagi.
Beberapa entiti jakun pose setibanya di Tioman. Losernya.
Haa macam ni baru tak jakun. Steady je.
Setibanya di airport Tioman, bas yang disediakan oleh pihak hotel Berjaya memang dah sedia menanti penuh ketakwaan. Eh. Kesabaran.
Dua entiti pangkat senior yang suka betul naik bas.
WAJIB POSE DEPAN LOBBY TANDA GIRANG. WAJIB MAKAN WAJIK.
Kemudian terus sahaja gelojoh menggembirakan diri setibanya di bilik. Masa sampai tu hujan renyai-renyai. Sementara tunggu hujan berhenti, room service dulu lah layan perasaan lapar. Lepas hujan berhenti memang tak tunggu lama untuk lenjan pepasir pantai. Rasa party betul! (Jakun le tuuuuu takpernah sampai Tioman macam ni lah gaya dia)
Pemandangan sekitar bilik dan pepasir pantai..
Pemandangan 1: tak indah langsung.
Pemandangan 2: separa indah.
Pemandangan 3: mungkin indah.
Pemandangan 4: indah versi lepas hujan.
Pemandangan 5: indah tahap yabedabedu.
Suka diingatkan, ya. Diingatkan supaya tolonglah pergi makan kat luar. Tolonglah! Sebab yarabbi semua gerai-gerai dan warung-warung kat Tioman ni, dari nasi lemak ke roti canai ke nasi goreng ke seafood, tiptop condition wa cakap lu. Ikhlas betul orang-orang Tioman ni berniaga ya! Masak pun terer betul!
Ketam masak sweet sour. Ketam ni... Ketam ni.. Boleh bayangkan tak kalau makan ketam tu sampai kena guna dua belah tangan? Letihhh
-____-
Siapa gila seafood angkat lutuuuuut!
Tapi serious wa nak ampun maaf dipinta. Nama restoran ni tak ingat. Tapi next time kalau nak pi Tioman lagi memang kompem pegi sini ah. Eeee dahsyat betul lah kesedapannya! Takut nak ingat semula!
Bila dah melantak macam takda esok hari, waktu malam diisi dengan aktiviti santai seperti ini..
Tak kenal siapa minah ni zzzzzz
OKAY CUKUP-CUKUPLAH DENGAN HARI PERTAMA.
Untuk hari kedua, kami nak mengisi masa seharian dengan ambil pakej round trip. Iaitu trip pusing sepulau dari pukul 9.30am sampai 4.30pm. Pakej round trip ini singgah di 6 tempat dimulai dengan Kampung Mukut, Teluk Dalam, Kampung Salang, Teluk Monyet, Marine Park dan akhir sekali Pulau Renggis.
Round trip route adalah seperti di atas. Penjelajahan keliling pulau ialah menggunakan bot (awesome!) dan caj dikenakan ialah RM120 sekepala.
Perhentian #1: Kampung Mukut.
Selamat datang ke Kampung Mukut. Kampung ni memang serious macam abandon. Tak nampak seorang pun manusia kat sini.
Sebenarnya kat sini tour guide tuh ekceli nak bawa kami sekumpulan pergi daki gunung tu untuk tengok air terjun. Memang harapan lah. Dua warga emas ini dah tentu tak larat nak mendaki. Oleh yang demikian kitorang berlima bermandi manda sekejap kat sungai bawah tu sementara menunggu yang lain-lain pergi mendaki sampai ke air terjun. Ayah pesan "semua orang jangan lupa bagi salam dan baca Alfatihah. Berhati-hati bila nak mandi tu."
Dan ya Alhamdulillah walaupun sekejap je dapat mandi, tetap seronok! Lepas tu terkejut tengok yang lain-lain turun semua tak basah. Rupanya pergi TENGOK air terjun je. Bukannya pergi mandi. Durh.
Perhentian #2: Teluk Dalam.
Ni ialah tempat pertama kami terjun untuk snorkel. Gambar je eh? Eh?
Masa bot kami sampai, tengok-tengok ada seketul bot lagi yang bawa orang snorkel kat sini. Eeeeee jakun betul saya.
Ada orang tuuu mabuk laut punya pasal dia muntah terus kat laut. Kat sinilah. Sinilah crime scene tersebut.
Ada orang tuuu sebab tak reti berenang hanya duduk makan kerepek dan kekacang aje dalam bot. Asalkan dia bahagia okaylah tuuuu.
Perhentian #3: Kampung Salang a.k.a. makan tengahari!
Selamat datang ke Kampung Salang. Wahai Kampung Salang, saya sudah jatuh cinta.
Sebab takboleh tahan, mak terus terjun dan berenang secara solo. Gelojoh ya.
Nasi goreng belum tiba!
Ada orang tuu baju kuning tuu dia pening-pening mabuk laut kahkahkah. Tu yang jadi macam "Edry cepatlah pandang sini nak tangkap gambar" tapi gambar ini lah hasilnya. Yelah kan, takpernah naik bot kan. Yelah kan, masa zaman kakak abang dia dulu merasa la jugak balik kampung naik bot. Masa tu nak pergi Pulau Indah kena naik bot sebab tak ada jambatan lagi.
Masih kepeningan nampaknya.
Perhentian #4: Teluk Monyet
Teluk Monyet adalah yang paling favorite! Kat sini snorkeling ada banyak ikan-ikan kecil berenang riang. Mak dah letih nak terjun. Takpe mak, takpe. Anak-anak mak yang masih muda dan jakun ni akan terjun jugak.
Siapa terer kompem boleh nampak biskut music tu. Biskut music tu nak kasi ikan makan lah.
Siapa snap gambar ini? Gua belum dalam posisi yang senonoh lagi!
Okay posisi (bajet) senonoh #1. Gembira ditonjolkan melalui peace. Ganas.
Posisi bajet senonoh #2.
Perhentian #6: Pulau Renggis
Pulau Renggis ni ialah perhentian snorkeling terakhir merangkap perhentian terakhir buat trip mempulau ini. Masa ni memang terjun jugak walaupun agak penat. Tapi bila terjun, terkejut beruk dengan arus yang sebenarnya agak bahaya lepas itu langsung tak enjoy. Stress asyik kena berenang lari daripada bot yang semakin lama semakin dekat disebabkan arus kuat. Letih macam haram woi. Lepas tu memang gila letih dan tour guide tu pun suruh kami semua naik sebab katanya bahaya.
Inilah Pulau Renggis tersebut.

Dari chopper atau apache.
Dari bot.
Eh? Mana 'Perhentian #5: Marine Park'? Marine Park tu kitorang tak buat apa-apa pun. Bagi ikan makan lepas itu layan burger ramlee tepi jalan dua bungkus. Takkan layan burger ramlee pun nak tangkap gambar kan.
"Cakap jelah kau terlupa nak tangkap sebab asyik sangat layan burger ramlee" bisik syaitan di telinga saya. Diam lah.
Jadinya, tamatlah aktiviti round sepulau pada hari kedua ini lebih kurang dalam pukul 4 petang. Memang balik bilik terlepek. Perancangan pool battle dengan ayah pada malam tu entah ke mana. Sakit belakang sebab berenang tak ingat dunia satu hal. Sakit tengkuk pun ya.
Nak tau mana datang sakit tengkuk tu? Mati-mati ingat bantal hotel ni tak berkualiti la apa la. Bila cerita kat ayah dia gelak je. Katanya "sakit tengkuk kau tu datangnya dari main pool. Kau kan tak pernah main kahkahkah amatur". Zzzzzz.
Hari ketiga, iaitu hari sirih pulang ke gagang (?) dimulakan dengan bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi... err pantai. Dimulakan juga dengan sarapan nasi lemak dan roti canai tempatan yang gila sedap wa cakap lu. Apesal dengan Tioman ni? Kenapa semua makanan sedap? Orang Tioman ni siapa sebenarnya? Musykil i.
Lepas ituuuu....
Aktiviti sebelum check-out; meneruskan pertarungan yang tertangguh malam tadi.
Okay selesailah sudah entri Tioman yang berjela ini. Kesimpulannya, Tioman memang menakjubkan! Saya beri empat S untuk Tioman ya Halim. Selesa, seronok, sedap. *nada Roda Impian*.
Lagi satu S?
Sabar jelah -_____-


14 bebelan:
Gambar yang last sekali tu apaaaaa..
Nyamuk ehh?
Nadya: yup yup! Bapak gedabak kaaaan..
jalan2 cari blog :)
kat tioman tk hujan ke? time2 hujan mane best lepak kat pulau..time panas baru best...mud caribbean..hehehe
jom fight pool..ade bran?hehe tp pool tk mencabar..men lucky baru mencabar
mak ai, ni nyamuk ke ape weh? gila la weh..elok aku dah bajet nk gi, tp sebab gambo last tu, terus seram sejok dowh..hahaha =p
hamboihh kemain awak ye bercuti. sy tengok gambar je dah penat. bagi la ole2 dekat sy satu!
org kampung panggil tu nyamuk bodoh.
sng sgt nk tampo katanya
kunang-kunang: jalan-jalan jumpa kunang-kunang hihihi..
yee: masa kitorang baru sampai tu hujan tapi alhamdulillah kejap je.. esoknya pi snorkel tak hujan langsung tu yg best tu hihi.
billiard lah. lagi 5 tahun kita battle. dalam 5 tahun ni kasi cari sifu dulu hahaha
syada: nyamuk wehhh hahaha. takda lahh takde pape. aku pun sensitif nyamuk tapi ni seketul je kebetulan bapak aku tampor.. hahaa
rafiq: penat? bagusnya blog ni jadi tempat senaman sejagat hihi.. ole-ole takde laaa.. takkan nak kulit ketam kot? haha
Anonymous: okay itu memang kelakar hahahahahahaaha! ingatkan nasi goreng bodoh je wujud (nasi goreng masak planta dengan telur), rupanya nyamuk bodoh pun wujud wakakaka
ya allah!ni br betol nyamuk besar penumbok!
nyamuk tiruk dh kena terjun tiruk :P
nice blog!
ketam.. aku angkat lutut sebab suka kepada en ketam!!!
lapo... lapo
Post a Comment