Friday, October 22, 2010

Prioriti Jajan di Dalam Kehidupan Saya

Arahan murni, telus dan ikhlas:
Susunan elaborasi jenis-jenis jajan seperti di bawah tidak melambangkan dimensi prioriti secara spesifik ke atas satu-satu jajan tersebut. kejadahnye lah bahasa aku ni. dalam erti kata lain, yang nombor satu tu idak le bermaksud yang paling disukai.



Nombor satu; Mamee Monster.
Langsai! memang langsai lah masalah atau hutang kalau dapat lahap jajan ini. tapi kadang-kadang, terkecil hati bila mamee itu semakin hari semakin kecil segi empat dia. separuh pembungkus je rasanya.
tapi mamee monster ni baik. walaupun dia monster, kalau kita toleh ke belakang pembungkus, dia tak lupa untuk ajar anak-anak kecil cara untuk memakan mamee dengan betul. atau baru-baru ini dalam perisa ayam, di belakang pembalut bungkusan ada menunjukkan monster berkongsi makan mamee dengan seekor ayam.
apa punya monster. langsung tak ngeri. tolong contohi monster hijau belaan saya.



Nombor dua; Super Ring
Superring lazat, superring riang
Superring superring jom bergembira
Superring lazat, superring riang,
Superring, superring jom bergembira.

Siapa tidak tahu lagu ini, dengan automatik saya akan merajuk dengan mempamerkan sifat agresif yakni bermain badminton dengan jiran sebelah. jajan ini memang paradise. hambik kau siap kasi level paradise lagi. nampak sangat macam terlalu memuja produk pengkaler jari ini.



Nombor tiga; Nyam Nyam (produk mengelirukan ialah YanYan)
Dalam banyak-banyak produk jajan, rasanya inilah satu-satunya produk yang di mana kalau tertoleh atau ternampak dipamerkan, terus capai dan terus pergi beratur untuk melangsaikan pembayaran di kaunter. lepas itu kalau beli tu mesti sekali dua atau tiga. mana cukup satu. memang seolah-olah rasa berbaloi habis lah pelaburan yang dibuat keatas produk ini. tapi awas! jangan keliru dengan produk yan-yan. yan-yan tu bajet macam nyam nyam la. setahu saya ramai juga yang tertewas dan tertipu dengan helah ini. tetapi setakat ini, alhamdulillah saya masih terselamat dan belum menjadi mangsa. fuh. lap peluh sekarang.



Nombor empat; Rocky (produk mengelirukan ialah Pocky)
Pun sama!! eh janganlah marah. sorry sorry. produk ini pun sama. jangan tertipu dengan produk seumpamanya seperti Pocky. lainlah kalau kau "eh apahal ni aku memang nak beli Pocky lah eeeee jangan perasan lah engkau ini!" haa sorry ye, my bad. my bad. (p/s: tapi kalau marah semacam tu, selalunya macam ada makna lain kan. macam cuba nak sembunyikan sesuatu je OKAY STOP MARI KE POINT SETERUSNYA)



Nombor lima; Planta
Ini bukan jajan. ini ialah marjerin. kenapa ia tercalon dalam kirabawah ni? sebabnya, hari-hari pun saya makan ini jugak. bukan kat roti, tapi sapu pada nasi kosong. maknanya, kalau emak masak nasi dan lauk pauk, saya takboleh makan kalau tiada planta. tipulah kalau takboleh makan. gila kau kalau begitu mesti emak tampor je karang. bolehlah makan, tetapi terasa kekurangan yang amat sangat.


Kesimpulan daripada entri ni ialah, sebenarnya betapa mudahnya untuk makhluk seperti saya menyelesaikan masalah hormon imbalance yang kadang-kadang saya alami. sebab selalu terjadi bila bangun pagi buka mata saya rasa cemas, lepas itu rasa nak berak tapi sebenarnya tak pun, lepas itu rasa gelisah. penyelesaiannya? seperti di atas ini. mesti semua beres.


Kalau yang bakal suami tu kalau benda alah ni kau nak buat jadi hantaran, memang rasanya silap percaturan lah dia itu.

4 bebelan:

Liquid said...

incek liquid pon suka sama super ring tuh... paradise la weh hahahah! =)

Nadya said...

No 1 ngan no 4 kegemaran aku tu..HAHAHAHA

Eh,keropok super ring tu keropok yang kaler oren pastu bila makan melekat kaler oren kat tangan kan kan kan..

Eireen Camelia said...

Liquid: memang! perisa origil mahupun cheese, dua-dua paradise sekali. asyik!

Eireen Camelia said...

Nadya: yezzahhh! kau memang cekap. lepas tu kita suka mengsengaja oren kan lagi jari-jari supaya last-last boleh isap.