Dalam entri kali ini, fokus saya ialah kepada ketakutan saya pada masa kini. bagaimana saya melihat ia terjadi, dan bagaimana pula saya mahu mengendali.
Hidup ini ada banyak perkara yang saya takutkan. tuhan takut, hantu pun takut. tapi biasalah manusia, rasa takut memang ada tetapi kurang melaksanakan jalan penyelesaian untuk mengatasinya.
Saya dapat rasakan ia bukan sifat pelik yang hanya saya seorang alami.
Perkara lain yang saya takuti secara terang-terangan hanya dua; iaitu kekecewaan ibu bapa dan juga kehancuran institusi bangsa.
Apa itu ketakutan bagi saya?
Ketakutan itu lahir daripada perasaan kepercayaan yang utuh pada sesuatu. macam saya takut hantu, ini kerana sebab saya percaya makhluk-makhluk halus dan ghaib ini wujud. begitu juga ketakutan saya mengenai kekecewaan ibu dan bapa. ini kerana saya percaya perkara itu sangat mudah terjadi. sebabnya, sebagai anak, kita tidak melihat dari persepsi ibu bapa.
Kadang-kadang, dek kerana kurangnya pengalaman dan kepercayaan, kita memilih untuk berpaling tadah. tindakan ayah dan ibu itu salah. kita tahu ia salah. jadinya kita keji dan kutuk dek kerana malu. apabila mereka tidak memberi kita duit belanja sebanyak rakan-rakan kita peroleh, jadinya lagilah kita berani mempersoalkan. sama juga apabila ibu dan bapa itu tidak memberi kita anugerah yang kita rasa (perasan) kita layak, mungkin dalam bentuk sokongan dan pujian atau bentuk material, jadinya memberontaklah jiwa kita.
Itulah anak. itulah saya, jika saya tidak takut terhadap makna 'kekecewaan ibu bapa'.
Apabila anak itu mendapat ibu bapa yang katanya tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya, atau tidak memainkan peranan sebetulnya, kita memilih untuk mengutuk. perkataan 'tidak adil' itu ialah kegemarannya.
Itulah anak. itulah saya, jika saya tidak takut terhadap makna 'kekecewaan ibu bapa'.
Malangnya saya. saya lupa, yang melahirkan dan membela itu ialah emak. yang mengelap kencing, berak dan muntah saya itu ialah emak. yang menyuap saya makan sehingga saya berumur 7 tahun itu ialah emak. yang masih lagi menyuapkan saya walaupun di tempat awam hingga kini, masih lagi emak.
Malangnya saya. saya lupa, yang tegas melarang itu ialah ayah. yang menyediakan makan pakai tempat tinggal itu ialah ayah. yang memandu hala tuju ke arah masa depan itu ialah ayah. yang melimpahkan diri saya dengan cabaran dan kepayahan demi kebaikan saya itu ialah ayah. yang hari demi hari membuka mata saya terhadap peluang-peluang yang ada ialah ayah.
Tapi sekarang, kebodohan mereka saya gelakkan. ketinggalannya mereka saya perlekehkan. kesilapan mereka saya label sebagai kelemahan yang tidak ada galang gantinya. bunyinya seperti, saya tidak mahu emak dan ayah ini. saya mahu emak dan ayah lain.
Anak derhaka itu kerugian. anak derhaka itu manusia yang tiada lagi gunanya. hidupnya keresahan di dunia, matinya bersusahan di akhirat. tiada arahan pun yang mengizinkan anak menyakiti ibu bapanya jika mereka di landasan yang cabuk. hanya pahala sahaja, yang tiada alat pun mampu menyukatnya jika sang anak itu membahagiakan ibu bapa dan berjaya membimbing mereka dengan cara yang sangat menyenangkan.
Ketakutan saya terhadap kehancuran institusi bangsa pula?


14 bebelan:
fuiyoh. forum ketakutan.
Encik Psychopath: comelnya nama forum ketakutan! *membayangkan lighting pentas forum jadi suram*
setuju.
sastraboy: i take it as a compliment. oleh itu terima kasih :)
Sila buat butang LIKE yg boley tekan banyak kali.
Antara tanda-tanda kiamat kecil :
Ibu yang melahirkan tuannya - (Bahan bacaan bertajuk : Perang Armageddon)
Sejahat mana, seburuk mana ibu bapa kita, dia lah IBU BAPA kita. Tanggungjawab kita mudah, HORMAT. Siapa kita utk menjatuhkan hukum terhadap mereka? Kita tiada kuasa, ALLAH Maha Kuasa :)
Tunduk lah selagi boleh. Sujud lah selagi mampu :)
Dah, jgn emosi. Nnti Starbucks session cerita lagi (eh wah, rhyme!) :P
Saya sayang ibu ngan ayah saye... eh...
incek liquid pon takut jugak sama kekecewaan ibu bapa tu uhu
Totally agree.. :)
Dah lama aku xmenyelinap masuk ruang ini tanpa dikesan.
Sistem pengawasan kamu tidak maju lansung. Heh! *sinis*
Entry ko dah byk berbeza. Sgt berbeza.. Matang?? Good!
Entry podoman ini bagus.
Noob
Nodie: tu yang nak dengar tuh! Tang tu yang nak dengar! Yang ayat tang hujung tuh! Hahahaha
Liquid: Mari kita semua saya ibu bapa. Mari buat kempen. *sayang mak bapak sendiri pun kena kempen ka*
Merryn: Hihi tengkiu Merryn :D
manusia terlantar: datang daaaaah bro yang langsung tak noob ni. Datang dah diaa! Tak kasik orang can nak jadi serius langsung lah dia ni
ala cam terusik jiwa pulak entri ni! *ok nak pergi stadi supaya score bai* :(
mye.: SYUH PERGI BERJIHAD SANA SYUH! HAHAHAHAHA
Post a Comment