Thursday, August 19, 2010

Saya Ialah Master Yang Jahat. Bad Master, Bad!

1. Apakah perbezaan wax dan polish?

2. Kenapa orang mesti pilih watak MingMing sebagai watak feveret dalam Wonderpets?

3. Kenapa saya selalu selak sampai habis majalah Mangga di kedai buku tanpa disedari?

4. Kenapa bila mak paksa makan madu atau kurma atau sayur saya jawab "tunggulah nanti dah besar orang makanlah" kemudian akan dijawab emak "habis sekarang perasan masih anak kecil ke?".


Lihat, sudah jelas lagi bersuluh. semua aktiviti berguna seperti di atas memerlukan Wahid. sudah berapa banyak dia berbakti terhadap saya, mengapa sudah lama saya tidak menghantar dia pergi carwash?

Selama ni orang selalu macam cakap (saya dengar-dengar laa, perbualan orang dewasa laa) orang perempuan penuh alasan. bila saya fikir-fikir semula, ya tepat sekali. saya penuh dengan alasan kerana tidak menghantar Wahid pergi carwash. alasan saya terlalu penuh sampai tertumpah. tertumpah petrol yang saya isi ke dalamnya sampai mercik ke baju dan membuatkan perut saya menjadi panas.. bukan hot stomach yang wooo six pack itu ya tetapi memang perut yang berasa panas dek percikan petrol.

Sekarang apalah yang harus saya lakukan. saya mahu menebus kesilapan saya. tetapi apabila niat ingin menebus diketawakan, saya putus harap. apabila saya berkata "ayah, boleh tak orang pergi hantar kedai dan paint kereta itu?" dan ayah akan bertanya "buat apa?" kemudian mestilah saya jawab "sebab nak cantiklah" selepas itu diberi pesan "kau habis bayar dulu installment dia RM230 sebulan tu baru berangan pergi cat balik kereta. apa ingat cat balik kereta macam pergi beli popia ke."

Saya rasa niat dan azam saya terlalu besar. seolah-olah seperti berniat ingin membeli prepaid RM100 tetapi tidak memiliki telefon bimbit. oleh itu kena kecilkan sedikit.

Mungkin berniat ingin basuh sendiri Wahid? tetapi sedangkan diri sendiri malas mandi, apatah lagi ingin memandikan ia.

Pening kepala asyik dilanda dilema macam ini. tolong beri saya ruang untuk meluangkan masa bersama Wahid..

11 bebelan:

Airland said...

lebih baik ko mandikan wahid skali ng diri ko sendiri sebelum wahid ajak ko tggl di kandang kambing..

Ayah ko masih mempunyai budi bahasa yang baik.. kalau aku mesti jawab "elok la tu, cat rumah belen ngecat umah taun lepas ade banyak lagi.. simpan lame2 pn x guna"

Nadya ©™ said...

Bawak wahid g carwash..suruh org carwash mandikan dia..

Kau tinggal hulur duit je..HAHAHAHAHA

Jeffry said...

kesian wahid..kau x pedulikan dia..baik kau cuci sebelum dia majuk n wat hal..

neway ni first time aku tgk pic kau..profile pic tu..boley tahan cute eh(tu nk kembang la tu aku puji tuh)

Eireen Camelia said...

Airland: betul jugak kan. tak ke naya kang Wahid lak ajak aku tidur dalam reban ke kandang ke. makan dalam siooot.

Dah dah kau takpayah nak bela bapak aku! bela aku sorang cukuplah!

Eireen Camelia said...

Nadya ©™: itulah pasal.. padahal carwash tu entah berapa jengkal je dari rumah aku. tapi aku takde time laa nak tunggu 30minit nak menanti giliran apa semua. banyak lagi kerja aku boleh buat (seperti makan, tido.. you know..)

Eireen Camelia said...

Jeffry: kau cakap boleh laa.. cuba kau cucikan dia. nak tengok apa pendapat. ceh ambil kesempatan pula hihi.

tulah kau.. belum tengok secara closeup. kalau tgk kat profile picture akan terserlah segala jerawat remaja aku kikikiki

budak hijau said...

ko memang tuan yg jahat..

Wahid..jom duk ngan aku je:)

Eireen Camelia said...

budak hijau: oh sekarang kau nak cuba tekel Wahid aku la? tidak aku takkan membenarkan orang lain membuat onar terhadap dirinya. aku je boleh hihi

ijan said...

dah2... sekarang ni dua-dua pergi mandi. wahid ke, kau ke, dua-dua pergi mandi. kalau dua-dua nak mandi sekali dekat car wash pun boleh. hihi...

Eireen Camelia said...

ijan: alaaa.. malasla.. alaaa.. alaaa... malas malas!

kau gila apa. nanti abang india carwash tu pikir apa? eeeeeeeeee..

sickchild said...

peh. sudah empunya keretaaaaaaaa baiii