Selama ini hati saya batu, kepala saya keras. tapi kali ini saya tidak boleh tahan lagi. ingatkan boleh tahan tapi tidak boleh.
Dalam hidup saya, cuma ada 3 orang perempuan yang terlalu istimewa. dengan 3 orang ini sahaja saya menjadi diri saya secara 130%, saya bersuka suka dan saya bersedih-sedih. saya bergeram-geram dan bergedik-gedik. kerana 3 orang ini sahaja yang MENERIMA semua dengan apa yang saya lakukan, dengan apa yang saya jadi, dengan apa yang saya putuskan, dengan apa pendapat saya, dengan segala tindak-tanduk saya.
Dua orang sudah jauh. lagi satu akan jauh bila Februari tahun depan.
3 orang yang tidak pernah menyusahkan. 3 orang yang benar-benar menjaga sensitiviti dan limit saya. 3 orang yang tahu bagaimana menghormati saya. 3 orang yang buatkan saya rasa valued, loved, appreciated. 3 orang yang sangat smart bijak dan pandai, saya tidak perlu berasa bimbang, insecure, takut, bermasalah, bosan atau apa-apa pun kerana mereka ialah kategori superfriends dalam hidup saya. 3 orang yang saya anggap sebagai aset hidup saya. 3 orang yang cukup menyenangkan hati.
Nurul Liyana, good luck in Wisconsin, USA. jangan kemaruk sangat nak pergi tengok konsert The Script sahaja. any gorgeous States, jangan lupa kirim sini. yang penting, biar seronok banyak, markah pun banyak. jangan seronok sikit markah banyak. itu tidak cool langsung. kau tak ada macamana aku nak menapak pergi rumah kau yang berapa jengkal dari rumah aku ni untuk mintak kau buatkan sirap oren ais? macamana nak tidur atau mengumpat dalam bilik kau sambil tawaf Facebook?
Illya Syaheera, good luck in Canada. awak pun sama, any gorgeous Canadian jangan lupa member sini aaa. lepas tu awak kurus kasi shape model sikit, biar balik Zikri ke Acap ke terkejut monkey. Acap kata dia janji kan kalau awak kurus dia kahwin dengan awak? (cilake Acap bila kurus je nak). hah kasi je sebijik kat Acap biar dia pengsan setelah makan kurma. belajar rajin-rajin, jangan asyik stress. as usual, banyakkan gelak. cari kawan yang kelakar, tapi jangan kelakar sangat sampai awak lupa kita. kita tak gemar benda macam itu.
Shafeeqa, soon you're off to Aussie. siapa lagi nak teman kita menjahit sambil tergelak-gelak jarum tertusuk celah kulit di kuku? siapa lagi yang boleh kita jadikan bahan mengenai tajuk 'ramping'? awak ialah classmate kita dari Tingkatan 1 sampai 5. awak saiko ke awak betulkan tudung ke awak melompat ke awak mengutuk ke semua kita boleh predict punya. lepas itu tengok awak menangis masa result SPM dah cukup buat kita menangis sama sebab tengok awak menangis. gedik kau kan dapat satu B je pun dah melalak meraung.
Selama saya hidup, setahu saya ini ialah kehilangan saya yang terbesar. kehilangan yang terbesar diukur sebagai kekosongan yang paling dirasai. sekarang baru saya tahu hakikatnya, saya takut berasa kosong.
Atau sebenarnya, adakah saya takut menghadapi dunia ini sebagai diri sendiri sepenuhnya 130% sepertimana saya dengan mereka? adakah saya takut diri saya yang 130% itu sukar diterima umum?
Buat masa sekarang, saya sangat hiba. saya harus membesar mulai sekarang. saya rasa saya terlalu dimanjakan oleh kawan-kawan saya sendiri. saya harus gagah. segagah Wahid. ;'-)

Dua orang yang sudah tidak berdekatan dengan saya lagi T________T

Sabtu, 21 Ogos, off to Canada. kad itu sangat besar tak muat luggage ingatkan mula-mula kena tinggal di Malaysia. mujur ada Cikgu Azlinda, cikgu Pendidikan Seni saya jadi dia berikhtiar jugak macamana nak bawak kad itu ke Canada; lipat.

Isnin, 23 Ogos, off to USA. sama kes dengan kad itu juga. ni semua mangkuk baju grey punya pasal! aku dah cakap dah kasi before diorang nak pergi KLIA, kau sibuk jugak nak surprise lah nak cool lah kasi time kat airport. aku penampor kang sesaje je.

Off to Aussie pretty soon. penyelamat hidup saya sehingga Februari. lepas Februari saya terus pengsan. ini kerana lepas je Februari, saya akan ditinggalkan kepada makhluk-makhluk ini untuk diawasi dan di'jaga'..

Langsung tak rasa selamat T_______T


14 bebelan:
Wehh..kau bila pulak nak pegi..hehehe..btw,aku jumpa satu post yang mengutuk kau..
aku sebagai rakan maya kau wajib untuk gtau kau..baek tengok cepatt
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fnetworkedblogs.com%2F76vXk&h=2d434
Cehh..memang kaw² punya dia kutuk
Nadya ©™: cilakak! apekes ni nak cakap belakang-belakang tak macho la.. apedehal meh aku jumpa dia biar aku nak bersemuka depan aku betul-betul la. takpuas hati kita cakap cara berhemah kan kan?
kau suka kan.. aku rasa utk harini kau je buat aku senyum doh setelah kecewa di atas result ;'-)
Tacing aku baca entri kali ni..
Ni yg aku pn rase nak g oversea tgglkan ko.. bia ko wat entri khas untuk aku..huhu
nt klu aku kuar belayar aku gtau ko ek?
Airland: tengok, tengok.. aku dah agak dah. apesal lah orang keliling aku mesti respon hampeh cemni.. aku tgh tacing pun buat kelakar. habis tu bila aku nak dapat tacing nye? T___T
eireen, ang kasi kem salam sama shafeeqa ye..
Jeffry: astaga sempat lagi tu awak nak meghenyam! hah yelah yelah akan ku sampaikan! ceh suka lah tu..
bertuahnya kau kawan-kawan semua luar negara luar negeri. baik kau dengar lagu 150. khas untuk kawan-kawan kau.
Aku ada untuk pimpin kaw gi starbucks sebelum aku off ker Germany pula (okkk berangan ;p), maw? ;D
.rafiq.: mmg weh. mreka bijak2 belaka teramat sgt. bertaburan ha mreka di muka bumi.. tsk rindu byk.. ;'-(
Uuu? lagu 150? nanti aku carik!
nodie: aloooo weh terharunya aku.. kau ni mmg aa.. haah pasni kau dah 'takde' sbb ada komitmen lain lak.. gila kesunyian aku T___T
xpe eryn sayang, awak kuat! (: awk slalu membuat sy pndang dunia ni positively. insha Allah awak juga buleh.
anda mampu mengubahnya! :D
(apehal nk masukkan iklan pulak ni (-.-"))
eireen! :)
tersentuh jiwa baca post you this time.
Im sure sure sure 130% they miss u so much right now! :)
hehe ramai kat sini lagi setia nk teman awak k :)
jgn sedih2 tau eireen, you sgt sgtlah happy go lucky since the day i met you,
so jgn biar benda tu xda dlm hidup awk pulak.
take care, hope to see u soon eireen.
much love, maliha
Zayana Yusof: omg tengs ayann.. awak ni memang laa.. buat saya tambah sedih terharu je baca comment ni shish.. sorry sorry emo sebentar hehehe ;'-)
malehaha: malihaaaaaaaaaaaaaaa ya Allah thanks for the wonderful adviceeee awak tak pernah fail bg kita such wondeful and sweet advices..
tengok, im touched even more ;''-)
love you maliha... dah lama tak jumpa kan? :)
Post a Comment