Saturday, August 14, 2010

Cerita Makan Kebetulan Pula Sekarang Ramadan

RIP Fluffy

Sekarang saya sedang berkabung di atas pemergian Fluffy yang telah mati akibat keracunan.

Satu kelemahan besar mengenai saya ialah saya tidak suka membela binatang sebenarnya. keluarga angkat saya masa kecik-kecik dulu suka bela kucing jenis cicak yang diberi nama Nonem (sebutan sebagai 'No Name') dan saya sangat sedih, terlampau sedih bila seekor demi seekor kucing mati.

Oleh yang demikian, saya berpendirian tidak mahu membela binatang suatu hari nanti. pertama, saya takut tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, yakni menyeksa binatang tanpa sedar. kedua, dek kerana terlampau sayang, saya rasa lemah longlai apabila suatu hari nanti mereka sudah tiada dalam hidup saya.

Btw, Odie dan Fluffy ialah dua ekor arnab belaan kakak saya, Eleena. dia memang sukakan arnab jadi dia bela senyap-senyap, sebab emak dan ayah tak bagi. lama-kelamaan dah jadi tak senyap dah. semua orang sayangkan mereka termasuk emak dan ayah. emak dan ayah tak bagi bukan sebab tak suka, tetapi ada sebab-sebab tersendiri yang munasabah dan kukuh, antaranya mungkin sebab-sebab seperti yang saya nyatakan tadi.

Okay sudahlah entri sedih. sekarang mahu gembirakan diri dengan entri makan pula!



Cerita Makan 1
Sempena birthday Cikgu Rock saya, kami macam biasa, nak buat lawatan tidak berapa nak terkejut ke sekolah untuk memberi seprais yang tidak berapa nak mengejutkan.



Okay, nampaknya saya silap. Cikgu Rock memang terkejut. -____-"


Sekarang sudah sedikit tenang. tak berapa nak terkejut. abaikan wajah baju hitam yang macam tak semenggah.


Errr.. nasib baik dia ini ialah cikgu Akaun saya merangkap isteri majikan saya yang mempunyai nama sama dengan kereta saya. faham tak? roommate bukan? (maksud saya ialah rumit, bukan teman sebilik sheesh)



Cerita Makan 2
Sempena meraikan kerinduan yang tidak terkata, akhirnya saya dan geng mengkeluarkan diri dengan menonjolkan belang yang sebenar apabila ber'gather' secara buncit di Italiannies yang terletak di Empire Shopping Mall.



Sebelum menunggu meja disediakan, posing secara kurang senonoh dulu boleh? boleh? BOLEHLAH?!


Sebelum... cantiknya semua kurus ramping.



Sesudah. eh, kenapa macam.. tak apa lah.


Lepas makan, tiada aktiviti lain selain pulang ke rumah. yang lelakinya sudah pasti pergi shisha lah apa lah, kami yang gadis pulang lah nanti emak ayah marah nanti mereka babab nanti haaa..



Mimpi ngeri.



Cerita Makan 3
Eh bila nak habis nya ni asyik cerita makan, makan, makan? tau tak ini bulan puasa? getus hati saya. namun saya tidak ambil endah mengenai rungutan itu. saya tetap mahu tulis cerita makan. kali ini, majikan saya iaitu Uncle Wahid merangkap suami Cikgu Rokiah membelanjai kami semua ngap ngap di Restoran Sakura! SAYA SUKA MAKAN! KUNYAH KUNYAH!



Saya kelihatan tenuk berbincang mengenai masalah nuklear dengan Uncle. eh silap, tekun.


Pertama kali saya makan belut, dan pertama kali jugalah saya makan duduk di lantai tetapi kaki berada di dalam lubang. eeeeeeee malu nye kite!


Meet Illya Syaheera yang bakal meloloskan diri ke Canada pada hujung bulan ini, dan Nodie iaitu tuan punya DSLR yang selalu saya lenjan.


Meet Afiq Bahrim merangkap super senior merangkap ehem-ehem Nodie, dan juga meet okay dah banyak kali meet Cikgu Rokiah kan? so jangan banyak cakap.


Gambar paling asyik mestilah kena posing depan tuan punya Takoyaki kan kan kan. tapi Cikgu mewakili Uncle selaku tuan tanah. cuweet. tolong abaikan Abang Tunjuk Bicep di belakang ya.




Entri kali ini saya sedikit syahdu kerana harus melepaskan dua isteri saya yang mahu menuju ke rantau orang. seorang mahu ke United States seorang lagi mahu ke Canada dan berkemungkinan departure pada tarikh yang sama. saya juga bakal kehilangan seorang lagi yang bakal menuntut di Australia T___T

Masalahnya di sini ialah di manakah relevannya apabila syahdu dikaitkan dengan makan?memang, memang tak munasabah! hoh nampak diri sendiri seperti sangat marah kan?

Matlamat entri selepas ini ialah berbuka puasa di Chilis buat kali terakhir bersama mereka yang jahanams. tsk please wait for us wahai Chilis. kami akan lenjan kamu tidak lama lagi..

8 bebelan:

Nadya ©™ said...

HAHAHAHA..selamat kau tak publish entry ni pada waktu siang

Wehh..cantik la kek besday cikgu rock tu..

¿n0die? said...

Aku bakal ke Germany kaw xsyahdu ke? ;p


HAHAHAHAHAHA

Airland said...

Cis! apsal la aku Buka entri yang nyaris membuatkan aku berBuka ditempat terTutup? Nasib baik mampu kawal nafsu yg bersendirian sbb Setan kena tambat..

Relevannya entri syahdu dengan makan adalah aku pernah memiliki sereban ayam kampung. dan aku telah kehilangan sebahagian besar dai mereka apabila membuat kenduri dirumah. relevan bukan?

.rafiq. said...

wahid kau sihat tak? kesian dia dah lama keseorangan. khwinkanlah dia.

Eireen Camelia said...

Nadya ©™: aih? hang teliur kaaaa? ceit mudah dipengaruhi! hm hmm.. *sekarang dah kenalpasti kelemahan kau hihihi*

Eireen Camelia said...

¿n0die?: AKU TUNGGU LEPAS RAYA! AKU TUNGGUUUUUUU AKU TUNGGUUUU NAK PAKAI BAJU KALER IKUT TEMA!

Eireen Camelia said...

Airland: nafsu yang bersendirian? eeeee bahayanya awak ini. HAHAHA.

wah, situasi kau berjaya buat aku berfikir dua, tiga jenak la. setelah mendapat kata sepakat dengan monsters belaan aku ni, kami setuju cakap situasi kau relevan! hm hm kau suka tak?

Eireen Camelia said...

.rafiq.: aku sedih laaa.. kesian Wahid aku weh. i'm a bad master. bad bad bad master!