Kata ayah,
".. hidup berpendirian sederhana. jika rasa pandai, diamkan diri. jika tak pandai, rajinkan bersuara untuk bertanya."
Kata ayah,
".. tujuan belajar bukan untuk lulus, tetapi untuk memecahkan 'pintu' di akal yang masih tertutup."
Kata ayah,
"Untuk cemerlang, ikuti dan selami daya fikir cara Zionis. bukan ikuti apa yang dibuat."
Kata ayah,
"Permainan paling mulia di dunia ialah dam ular. permainan untuk mendidik strategi dan disiplin ialah chess. permainan paling memalukan ialah dam haji. dam ular melambangkan kehidupan, cepat atau lambat kita akan berjaya juga. chess melambangkan tujuan tanpa menghalalkan cara, musuh depan mata tidak semestinya dibunuh. namun dam haji pula sebaliknya kerana jika kau tak bunuh, kau akan dibunuh."
Kata ayah,
"Jadilah tajam, tetapi bukan lurus. berfikirlah bengkok, namun tidak timpul."
Kata ayah,
"Lihat kotak ini (ambil satu kotak) dan sisi-sisi nya. manusia biasa menilai dari sudut (sisi) mana yang ada di depan mata. bercanggah pendapat tidak semestinya wujud pihak yang salah. manusia yang bijak melihat 'kotak' dari atas dan transparent sisi-sisi nya. berazamlah engkau melihat dari sudut ini."
Mana lagi akan aku jumpa lelaki bijak sepertinya? lelaki yang mengajarkan aku alam realiti. lelaki yang berupaya menyekolahkan aku kerana dia dahulu tidak mampu bersekolah. lelaki yang tidak pernah menzahirkan kekecewaan tatkala aku rasa aku menggagalkan.
Dia ialah ayah.
Selamat Hari Ayah. keunggulan kamu tiada tolok bandingnya. kamu ialah satu keajaiban.


25 bebelan:
ayah ko btol2 hebat..hanya org hebat mampu melahirkn org hebat
budak kampung: terima kasih BK atas pujian ikhlas yang buat aku senyum sorang di malam hari :'-)
power da bapak ko.aha.
ayat last tu buat aku teringat kat iklan Dunhill. Gaya Mutu Keunggulan.ntah nape aku teringat iklan tu.pelik je.haha.
Nadia Rahmat likessssssssssssssss this!
Nanti please letak button LIKE kat every entry kaw. Mudah sket nak tekan. Kasi yg boley tekan banyak kali eh.
I pun LIKE!
deep words that enlightens saya la cik eireen :D
bapa u layak dapat PhD...logik dalam berfalsafah...salute!!!
Alia Liverpool: alah kau tengok ayat unggul tuh mula lah.. eh kejap iklan Dunhill lah kan? sebab dulu aku kompius mana datang trademark gaya mutu keunggulan tuh. terima kaseh yeee hihi
¿n0die?: boleh ke wat menatang haramjadah tu? oooo aku taktau pon..
malinaramlan: wahhhh KUS saya pun like ahhhh.. gilabebeng ahh. gilabebeng ya bukan gilababeng..
*kakak umpama syurga, back in 2005*
mye.: yes mye.. enlightens me too.. just a piece of him to share ;-)
Lili Sakina: wahh phd siot! itulah dia dah 'terlepas' sikit.. tapi sy tetap anggap kalau dia berkesempatan bersekolah mesti sekarang dia ada phd :D
" chess melambangkan tujuan tanpa menghalalkan cara, " setuju. niat tak menghalalkan cara.
niat robin hood baik utk bersedekah, tp niat tu tak menghalalkan dia mencuri. kerana mencuri tetap salah.
ni blog eireen camelia rusli ker?
bagus ayah ko sebab bagi motivasi camtu kat ko yg sgt bermotibasi..
Kalau maen game minesweeper pulak melambangkan ap..
soalan ditujukan kepada eireen..HAHAHAHA
Eireen, saya ske kata ayah yg no 2 tu. Lain2 pun saya ske jugak. tp no 2 tu sgt2 mendalam pd saya!
selamat hari bapak for ur daddy!
zayana: tq dear for the elaborationn.. :)
airland: wahwahwahh.. Cilakak tui. Sempat lagi tuh hihi
nadya: aku rasa kan.. Aku rasa kan.. Macam mengajar aku arti kesungguhan dan xkenal penat lelah ah.. Amacam?
diana jamal: yg no 2 tu kan, ayah sy ckp time sy ceritakan kekecewaan, kerisauan dan keputus-asaan sy jwb finals haritu.. Terubat hati sy jadinya hehe..
ke mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi...
ayah kau terhebat!! :)
Azim THE KOPS: wah.. pujian kah itu? hehehehe tsk
.rafiq.: aik ayah je.. anak dia yang malas mandi ni macamana pulak? hehehe
ayah tak penah cakap mcm ni pun kat kakak. ko untung, kan chik? agaknya sebab kakak tak sepandai ko. tak sebijak ko, dan tak sebaik ko.
sbb kakak bukan harapan. sbb kakak lebih byk mengecewakan. agaknya la..
selamat hari raya..
ehhh.. belum raya.. ;P
Post a Comment