Sunday, June 27, 2010

Cekodok Petang dan X6, Di Mana Relevannya?

Pada suatu petang hening, kami sekeluarga pun berkumpul. emak, ayah, Eleena, Edry, dan saya lah. kami sedang menikmati cekodok buatan emak. tapi kerana sos jenama Life sudah habis, saya tidak begitu feel menikmatinya.

Anyway, cekodok tetap sedap. emak jangan terasa ya. please please please.

Berbalik kepada topik. motif berkumpul tidak begitu spesifik kerana antaranya ialah menggelakkan rancangan movie Tamil tanpa sarikata di rangkaian Zee yang ditonton secara tak sengaja sehingga habis. kemudian, datang satu perbincangan penting.

"Sekarang mari kita fikirkan.." ujar saya secara lantang yakni menarik perhatian semua.

"Apakah yang boleh kita lakukan untuk memiliki BMW X6 yakni pekerjaan apa yang memungkinkan kita memilikinya?"

Semua berhenti mengunyah cekodok lalu memerah keringat memikirkan secara bersama.

"Pemerdagangan orang.. jual dadah.." Eleena memulakan bicara.

"Bagaimana dengan Ahlong?" idea disusuli oleh saya. semua angguk setuju.

"Ayah rasa, curi pasir boleh jugak. pembunuh upahan pun mampu. hah broker projek. memang senang sangatlah. kawan dengan menteri, projek 200 juta dapat komisen 40 juta, tak mustahil.." idea ayah menyusul.

"Kenapa? bincang pasal apa?" emak datang dari dapur membawa second trip cekodok bertanya.

"Bincang pasal macamana kita boleh dapat BMW X6 lah.."

"Laaa.. kan mak selalu pesan. belajar pandai-pandai. ingat Tuhan. alah tuan rumah urut pun mak rasa boleh jugak lah.."

"Aku rasa... aku ada idea. tapi takut tak munasabah lah." Edry menyuarakan kegusarannya.

"Alah bagitahu ajelah.. ini brainstorming aje. logik tak logik belakang kira lah.." ujar kami bersungguh.

"Bagi aku, pekerjaan pemburu ikan paus, pemburu telur ikan salmon, pembuat duit palsu dan pembela toyol pasti mampu memiliki X6.."



Okay cerita Tamil tanpa sarikata dah habis tanpa disedari. ayah menukar channel TV1 lalu kami menonton Rentak Juara bersama. bila lagi kami dapat berkumpul menikmati sepetang bercekodok seperti ini sekali lagi. *kunyah rakus cekodok sekarang*

8 bebelan:

¿n0die? said...

Ini cerita mase otw g umah yaya yakni 4 org di dalam wahid yakni aku tukang drebar nye kan? kan? kan?
KAHKAHKAHKAH!

Azim Rizzo said...

ak ske idea adik ko..

.rafiq. said...

jawapan kau paling munasabah.haha

Husna Hadzarami said...

okay blog kau memang lawak gila. aku macam bodoh je ketawa sorang2 kat office malam2 ni :)

Eireen Camelia said...

¿n0die?: amboi! sungguh bahagia nada dan gaya perbahasan cik nodie. apakah rahsianya? asyikkkk ahhhh

Eireen Camelia said...

Azim Rizzo: engkau memang lah.. takkan kau nak suka bapak aku pulak. atau emak aku. atau aku dan kakak aku. eh kau cakap pasal idea kan?

Eireen Camelia said...

.rafiq.: aku dah kata, aku yang paling normal dalam keluarga ini. kenapa orang masih tak percaya perkara ini? -___-

Eireen Camelia said...

Husna Hadzarami: wah kau pun jenis suka ketawa sendirian kan? waaa boleh geng ah kiteeeee.. sep ah sepp!!