Friday, November 6, 2009

Doh, Hari Ni Dating Memang Letih Doh

Entri pada hari ini sangat berbahaya malah jiwang tahap semprit expired pulak tu. sesiapa yang memiliki kekentalan mental je boleh meneruskan celen membaca entri masyuk yang celenjing ni.


Baik, memandangkan aku sudah memperoleh gaji buat sekalian pertama dan utama dalam hidup ai yang fana ini, aku dan Liyana, jiran merangkap kawan yang sering menjadikan diri ai terperangkap (aww) telah menjalankan tanggungjawab yang lahir dari sanubari untuk bergelinjang di Sunway Pyramid.
.
And, it was just two of us.. dangerous isnt it? isnt it? dua orang mangkuk bersama? dua orang yang pernah disaman atas sebab-sebab tak munasabah bersama? agh!!
.
Doh, maaf doh. entri kalini banyak muka kau doh. aku tau mesti kau tak suka tapi sebagai kawan, inilah tanggungjawab aku doh. iaitu menyakitkan hatimu dengan cara memaparkan wajahmu... doh.
.
Ini ialah Liyana Aziz. dia sedang memandu. dia sebenarnya orang yang serius, lagi2 time memandu. tapi tah apesal kalini je dia senyum. ai wonder la nyah.
.

Sesudah parking di tempat parking (eh mestilah tempat parking), Liyana membuat ini.. eh? apa kau buat sial? ape tu ape tu? uuu teruja nyaaaa.
.
.
Okey, sekarang aku dah faham. rupanya kau kalerkan kuku aku dengan nail polisher Elianto yang kita beli haritu dengan harga RM5 kan kan? ya tuan tuan puan puan, ini cubaan pertama saya mengkaler kuku. memang harrrrem sekali rupa kuku apabila dikaler oleh orang tak tak profesional tapi takpe, bestfriend yang kalerkan so takpe, boleh dimaafkan. (padahal sebab aku kutuk kau kaw2 cakap kau kaler buruk lepas tu aku balik rumah aku kaler sendiri rupanya aku buat lagi buruk so sebab tu puji kau).
.
.
First stop, Secret Recipe sebab aku mengidam kek. eh lupa, first stop kita ialah CIMB atm kan kan? tapi tak penting. makan lagi utama. okey sambung. ini wajah ai tatkala geram dengan kek lepas merayap kat MPH belek-belek buku masakan lepas tu terus cakap "nyah aku mengidam kek jom pergi Secret". hish geram geram dengan kek. kalau ada manusia nama kek aku nak makan jugak.
.
.
Siapa boleh beri saya jawapan sebenarnya Liyana tengah buat simbol apa tu? jari telunjuk beserta jari hantu atau hari hantu sahaja? cepat cepat ni soalan cepumas sapa dapat teka dapat spender free.
.

Order Cheeze Choc tapi dah takde. terpaksa pergi ke second choice dengan mengorder Chocolate Indulgence. nyah, you buat lah muka macam tu lagi kalau you nak i tampau je you. haha
.
Kemudian, kami terus shoot pergi window shopping tanpa membeli apa-apa pun. baru jalan 45 minit, perut mula bunyi semula. ini bermaknaaaa...
.
.
.
Italianniesss!! kau nak muntah ke satan? penat aku introduce kedai ni kat kau, ini rupa paras yang kau berikan padaku?
.
.
Haaa macam ni lah rupa paras kita yang sebenar. kan cuweeet. aku siap edit lagi gambo supaya macam konon ala-ala nostalgia la. terharu tak?
.
.
Okay aku ingat dah ingat dah. time ni kita sumpah dah tak larat nak habiskan semua makanan nih. aku punya lah paksa diri aku sambil hati aku memberi mesej pada perut "MAKAN MAKAN MAKAN JE JGN BERENTI KAU INGAT MURAH KE MAKAN SINI".
.
Lepas melahap macam tak jumpa hari esok, kita menonton cerita ini..
.

I tell you. cerita ini memang.. memang melawakkan okay. bangga tengok ini cerita sampai berusaha cari poster pastu tepek kat sini. oh lupa nak pesan, Aaron Aziz ni kan, i tell you. haih sabar jelah (urut dada kasi tenang). HAHA.
.
Agak-agak dah pukul 4 petang tu, memang dah takde choice. kena segera pulang ke Shah Alam dan teruskan kegiatan melepak di mall.



Itu beg kan, adik manis ni beli sebelum pulang ke tanah air Shah Alam, lepas tu pergi mall terus excited nak pakai. bau kedai la sial. aku menyirap je tengok. beg Puma pulak tu.


Oh ya sebagai warga Shah Alam, ingin saya announce bahawasanya ini akan dibuka tak lama lagi
.


Aku nak tanya sikit boleh? kalau aku kerja kat Subway Shah Alam Mall ni, agak-agak orang ramai datang membeli belah atau orang terus belah tengok aku?

22 bebelan:

Izzati Hazwani said...

0kay kak liyana sdg membuat PEACE !
Heh , agak je laa . HUHU,

AiMiE HaRmELiA said...

sedapnyee..nyum2

haziQah said...

subway buka kat ne eireen? s.alam mall? haha

sesku said...

nak spender free!!!!sape punye???hahaha....subway nak bukak kat ner???SACC ke PKNS???

wanis said...

hey hey i xnk blanja ke? nk italianese jgk weyhhhhhhhhhhhhhhh xfair.nk tuntut xkira
subway nk bkk kt mall?

NadyaCitraLestari said...

Sori,aku terpaksa berkata² dengan jujur..
Orang akan belah lepas tgk kau..hahaha

Eireen Camelia said...

izzati hazwani: yeaaahh tepat sekaliii!! nah spender sehelai kaler pink utk anda.. hehe

Eireen Camelia said...

AiMiE HaRmELiA: apa yg sedap ni? konpius la i.. hehe

Eireen Camelia said...

haziQah: yup2 s.alam mall.. pecaya tak? sebelah noraini's tu.. hihi

Eireen Camelia said...

sesku: spender jiran ai punye bibik.. okey tak? ke jahanam? haha. bukan bukann.. kat shah alam mall yang sebelah concorde tuu.. yg kat masalam tuu.. haa tau kan kan?

Eireen Camelia said...

wanis: ooooooii org di sana tuuu! dia yang tak ingat tanah air seksyen 9 ini, jadi bgmna harus beronggeng bsama? hihi

Eireen Camelia said...

NadyaCitraLestari: ouchhhhh.. makan dalam mak jadinya nyahh. fine fine, tonight lets dine!

syada said...

ko harus dedikasi menjadi kerani pusat tusyen nyah..if ko kerja kt subway tu, konfom ko akan menggemokkan diri nyah..huhuhu :p

Airland said...

ape ni??? baru nk teka.. dah bg jwpn.. x aci tol...

x baik arr kua berdua-duaan cam2.. nt kene tgkp..
pttnye kene ajak aku skali.. bile dh bertiga-tigaan bru arr x kene tgkp..

Eireen Camelia said...

syada: masalahnye nyah, balak ai suke kalau ai tembam tembam nii.. so mcmna? hikhik

Eireen Camelia said...

airland: ehh ko lambat sgt lah. soalan dah expired baru nak jawab ape cerr.. hihi

tak seronok la bertiga-tiga. nanti masuk wayang berebut sapa nak duduk tgh. haha

wanis said...

alah kalau i balik bkknya ajk i beronggeng pn. merajuk la mcm ni

chokilala said...

kuang hajau punya eireen! patut la siang tadi aku sidai spender, hilang sehelai. ini keje kau rupanya ye. xpasal2 spender aku yang cantik molek tu da jadi milik si izzati tu. dem

Eireen Camelia said...

wanis: ecehhh merajuk pulak alolo. eh hello lainkali dah balik tu roger2 lah kawan kejiranan! ni balik diam2 je kan kan? hehe ;-P

Eireen Camelia said...

chokilala si hilang spender: kau lenkali jgn gantung spender yg cantik2 kalerful tu kat depan pagar boleh? aku geram la tgk. haha

sickchild said...

haha ko sengal doh. sumpah ko sengal wakakakaka

Eireen Camelia said...

sickchild: aku pulak la yang sengal kan kan? macam ko tak je.. kuikui