Saturday, March 19, 2011

Tioman Trip, Akhirnya!

Entri kali ini sah. Sah. Sah banyak gambar. Memang sah.

Pada 14 - 16 Mac lepas kami lima sekeluarga pergi mem'bonding'kan sesama sendiri ke Pulau Tioman. Okay bunyinya akan jadi sangat jakun sebab ni lah first time kitorang pergi Tioman tau tau. Seronok tau tau. Jakun tau tau. Okay diam.

Kepada sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke Tioman, entri kali ini rasanya mungkin berguna kot. Kot lah. Kot lah kot. Eeeeee annoyingnya tulis macam ini. Okay sambung.

Transport pergi macamana? Pergi Pulau Tioman ada dua pilihan. Sama ada naik flight iaitu Berjaya Air atau naik bot dari Jeti Merang. Kami pergi naik Berjaya Air. First time naik Berjaya Air tau tau. Tengok, jakun lagi.


Beberapa entiti jakun pose setibanya di Tioman. Losernya.



Haa macam ni baru tak jakun. Steady je.



Setibanya di airport Tioman, bas yang disediakan oleh pihak hotel Berjaya memang dah sedia menanti penuh ketakwaan. Eh. Kesabaran.

Dua entiti pangkat senior yang suka betul naik bas.



WAJIB POSE DEPAN LOBBY TANDA GIRANG. WAJIB MAKAN WAJIK.



Kemudian terus sahaja gelojoh menggembirakan diri setibanya di bilik. Masa sampai tu hujan renyai-renyai. Sementara tunggu hujan berhenti, room service dulu lah layan perasaan lapar. Lepas hujan berhenti memang tak tunggu lama untuk lenjan pepasir pantai. Rasa party betul! (Jakun le tuuuuu takpernah sampai Tioman macam ni lah gaya dia)

Pemandangan sekitar bilik dan pepasir pantai..


Pemandangan 1: tak indah langsung.



Pemandangan 2: separa indah.



Pemandangan 3: mungkin indah.



Pemandangan 4: indah versi lepas hujan.



Pemandangan 5: indah tahap yabedabedu.




Suka diingatkan, ya. Diingatkan supaya tolonglah pergi makan kat luar. Tolonglah! Sebab yarabbi semua gerai-gerai dan warung-warung kat Tioman ni, dari nasi lemak ke roti canai ke nasi goreng ke seafood, tiptop condition wa cakap lu. Ikhlas betul orang-orang Tioman ni berniaga ya! Masak pun terer betul!


Ketam masak sweet sour. Ketam ni... Ketam ni.. Boleh bayangkan tak kalau makan ketam tu sampai kena guna dua belah tangan? Letihhh
-____-



Siapa gila seafood angkat lutuuuuut!


Tapi serious wa nak ampun maaf dipinta. Nama restoran ni tak ingat. Tapi next time kalau nak pi Tioman lagi memang kompem pegi sini ah. Eeee dahsyat betul lah kesedapannya! Takut nak ingat semula!



Bila dah melantak macam takda esok hari, waktu malam diisi dengan aktiviti santai seperti ini..


Tak kenal siapa minah ni zzzzzz



OKAY CUKUP-CUKUPLAH DENGAN HARI PERTAMA.

Untuk hari kedua, kami nak mengisi masa seharian dengan ambil pakej round trip. Iaitu trip pusing sepulau dari pukul 9.30am sampai 4.30pm. Pakej round trip ini singgah di 6 tempat dimulai dengan Kampung Mukut, Teluk Dalam, Kampung Salang, Teluk Monyet, Marine Park dan akhir sekali Pulau Renggis.



Round trip route adalah seperti di atas. Penjelajahan keliling pulau ialah menggunakan bot (awesome!) dan caj dikenakan ialah RM120 sekepala.



Perhentian #1: Kampung Mukut.

Selamat datang ke Kampung Mukut. Kampung ni memang serious macam abandon. Tak nampak seorang pun manusia kat sini.







Sebenarnya kat sini tour guide tuh ekceli nak bawa kami sekumpulan pergi daki gunung tu untuk tengok air terjun. Memang harapan lah. Dua warga emas ini dah tentu tak larat nak mendaki. Oleh yang demikian kitorang berlima bermandi manda sekejap kat sungai bawah tu sementara menunggu yang lain-lain pergi mendaki sampai ke air terjun. Ayah pesan "semua orang jangan lupa bagi salam dan baca Alfatihah. Berhati-hati bila nak mandi tu."

Dan ya Alhamdulillah walaupun sekejap je dapat mandi, tetap seronok! Lepas tu terkejut tengok yang lain-lain turun semua tak basah. Rupanya pergi TENGOK air terjun je. Bukannya pergi mandi. Durh.




Perhentian #2: Teluk Dalam.


Ni ialah tempat pertama kami terjun untuk snorkel. Gambar je eh? Eh?

Masa bot kami sampai, tengok-tengok ada seketul bot lagi yang bawa orang snorkel kat sini. Eeeeee jakun betul saya.



Ada orang tuuu mabuk laut punya pasal dia muntah terus kat laut. Kat sinilah. Sinilah crime scene tersebut.


Ada orang tuuu sebab tak reti berenang hanya duduk makan kerepek dan kekacang aje dalam bot. Asalkan dia bahagia okaylah tuuuu.





Perhentian #3: Kampung Salang a.k.a. makan tengahari!


Lapar wa cakap lu.

Selamat datang ke Kampung Salang. Wahai Kampung Salang, saya sudah jatuh cinta.


Sebab takboleh tahan, mak terus terjun dan berenang secara solo. Gelojoh ya.


Nasi goreng belum tiba!


Ada orang tuu baju kuning tuu dia pening-pening mabuk laut kahkahkah. Tu yang jadi macam "Edry cepatlah pandang sini nak tangkap gambar" tapi gambar ini lah hasilnya. Yelah kan, takpernah naik bot kan. Yelah kan, masa zaman kakak abang dia dulu merasa la jugak balik kampung naik bot. Masa tu nak pergi Pulau Indah kena naik bot sebab tak ada jambatan lagi.


Masih kepeningan nampaknya.





Perhentian #4: Teluk Monyet


Teluk Monyet adalah yang paling favorite! Kat sini snorkeling ada banyak ikan-ikan kecil berenang riang. Mak dah letih nak terjun. Takpe mak, takpe. Anak-anak mak yang masih muda dan jakun ni akan terjun jugak.

Siapa terer kompem boleh nampak biskut music tu. Biskut music tu nak kasi ikan makan lah.



Siapa snap gambar ini? Gua belum dalam posisi yang senonoh lagi!


Okay posisi (bajet) senonoh #1. Gembira ditonjolkan melalui peace. Ganas.


Posisi bajet senonoh #2.





Perhentian #6: Pulau Renggis

Pulau Renggis ni ialah perhentian snorkeling terakhir merangkap perhentian terakhir buat trip mempulau ini. Masa ni memang terjun jugak walaupun agak penat. Tapi bila terjun, terkejut beruk dengan arus yang sebenarnya agak bahaya lepas itu langsung tak enjoy. Stress asyik kena berenang lari daripada bot yang semakin lama semakin dekat disebabkan arus kuat. Letih macam haram woi. Lepas tu memang gila letih dan tour guide tu pun suruh kami semua naik sebab katanya bahaya.

Inilah Pulau Renggis tersebut.

Dari chopper atau apache.


Dari bot.




Eh? Mana 'Perhentian #5: Marine Park'? Marine Park tu kitorang tak buat apa-apa pun. Bagi ikan makan lepas itu layan burger ramlee tepi jalan dua bungkus. Takkan layan burger ramlee pun nak tangkap gambar kan.

"Cakap jelah kau terlupa nak tangkap sebab asyik sangat layan burger ramlee" bisik syaitan di telinga saya. Diam lah.



Jadinya, tamatlah aktiviti round sepulau pada hari kedua ini lebih kurang dalam pukul 4 petang. Memang balik bilik terlepek. Perancangan pool battle dengan ayah pada malam tu entah ke mana. Sakit belakang sebab berenang tak ingat dunia satu hal. Sakit tengkuk pun ya.

Nak tau mana datang sakit tengkuk tu? Mati-mati ingat bantal hotel ni tak berkualiti la apa la. Bila cerita kat ayah dia gelak je. Katanya "sakit tengkuk kau tu datangnya dari main pool. Kau kan tak pernah main kahkahkah amatur". Zzzzzz.




Hari ketiga, iaitu hari sirih pulang ke gagang (?) dimulakan dengan bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi... err pantai. Dimulakan juga dengan sarapan nasi lemak dan roti canai tempatan yang gila sedap wa cakap lu. Apesal dengan Tioman ni? Kenapa semua makanan sedap? Orang Tioman ni siapa sebenarnya? Musykil i.

Lepas ituuuu....





Aktiviti sebelum check-out; meneruskan pertarungan yang tertangguh malam tadi.




Okay selesailah sudah entri Tioman yang berjela ini. Kesimpulannya, Tioman memang menakjubkan! Saya beri empat S untuk Tioman ya Halim. Selesa, seronok, sedap. *nada Roda Impian*.


Lagi satu S?





Sabar jelah -_____-

Sunday, March 13, 2011

Santapan Otak Hari Ini

Adakah anda suka orang yang garang?

Adakah anda suka orang yang beruban?

Adakah anda suka orang yang ada mole di bahagian muka?

Kalau taksuka, tak ape. Aku suka.

Inilah hidangan aku untuk hari ini.









Tak ada alasan kenapa tak rasa kenyang dan gembira.


Hari tu pergi tengok I Am Number Four. Bagi aku cerita tu okay lah biasa-biasa aje. Lepas tu sepanjang cerita rasa sangat stress dengan hero yang langsung tak ada ciri-ciri jantan sejati. Jambu aje. Lepas tu dalam hati tergetus "sepatutnya watak utama cerita ini kasi kat guardian dia tu."

Sebab tak sedap hati, balik rumah terus Google siapa lah guardian si Number 4 yang sangat mencuri hati (nampak sangat aku ni mengamalkan gaya hidup secara loser. Dah tak ada kerja lain nak buat, sibuk buat research tentang hal dunia yang fana ni).


Timothy Olyphant laa. Hitman laaa! Dia hitman laaa hitman!







Secara rasminya, aku kenyang.

P/S: macamana umur 43 tahun masih boleh menggiurkan begini? Tips berguna please?

Friday, March 11, 2011

Kalau Dah Malas Nak Buat Macamanerrr

Hidup segan mati tak mahu. Air yang dicincang jangan sangka tiada buaya.

Inilah keadaan blog ini yang aku rasakan boleh mati bila-bila je. Malas dah nak tulis mentulis.

Tak rasa bosan ke? Bosan kan? Okay jom belah dari tempat usang dan loser ni. Apa? Memang loser kau cakap? TAKBOLEH! Takboleh cakap kuat-kuat sangat. Hikhik.

Kenapa rasa bosan? Bayangkanlah, aku tulis blog dari 2007. Kiranya kalau blog ni ialah seorang manusia, dah berjaya melayakkan diri melangkah ke tadika dah. Dah pandai mengkaler, menyanyi, menulis. Berak pun dah prektis takpayah pakai lampin. Cuma kadang-kadang masih kencing atas katil bila bangun tidur. Eh aku describe pasal apa ni? Pasal blog kan?

Malas dah datang jemput aku.



Friday, January 21, 2011

A Challenging Start for a 20 Year Old.... Monsters Master?

Wuish. Siapa yang 20 year old sangat tuh?! Kecoh nampaknya baru masuk Club 20 dah konon-konon mempunyai masalah besar. Hikhik.

Tidak, tidak. Sempena tahun 2011, permulaannya agak mencabar dan berliku di awal. I believe there's always a reason behind every situation. Sadness, pain and happiness that you've been through will always be part of life. Held your head up high, move on to a new, fresh, better-version chapter of self-authorized story, and be proud.

Growing is huge. And hard. A bundle of mistakes made which form the biggest part of the process. Hurting others and to be hurt. Being coated by mean acts and behavior. Changes by changes. Improvised and improving. Accepting and giving back. And at some point, sometimes, there's part of life that makes you feel completely worn-out by typical, cliche dramas.

The biggest lesson here is, open wide your eyes and learn to accept everyone. Yes it's normal for you to feel worn out but hey, to keep winning, don't ever stop spreading your positive vibes and attitude. A positive attitude may not solve all your problems, but it will annoy enough people to make it worth the effort.

I still can't believe this. I mean, this so-called growing up process. Another door to the real world is opened for me. Reality feels closer.

For days, weeks and months, I keep imagining myself lying on the vast green field with blue sky and cotton-like clouds, with my eyes shut effortlessly unlike usual, while the sun gently shine on my face, likkle smile on the mouth with the head do the talk like "Hey, you see, hows it feel to breath? Be nice to others all the time, but sometimes, do give yourself some space wouldja?"

I will. Now, bring me such field and sky and clouds and sun, lemme lie on it. You'll see how good I'll become.

Sunday, January 2, 2011

Tahun 2011 Ialah Mengenai Azam Tahun Baru dan Biskut Cute!

SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUAAA!



Permulaan entrI seperti di atas ialah cubaan penulis mengaplikasi kemeriahan bunga api di dalam penulisan blog. Paham tak? Tak? Okay lantak.

Oleh kerana dah tahun baru, benda cliche macam penanaman dan penyemaian azam baru pasti berlaku. Kadang-kadang saya terfikir, apa akan terjadi pada dunia ini tanpa azam tahun baru? Adakah Restoran Hakim akan berpindah dari Seksyen 7 ke Seksyen 9? Adakah penjualan majalah Dik Cerdas akan dihentikan di Malaysia? Adakah Mama Juwie akan bersara dari dunia kewartawanan?

Semua di atas ini, ligat kepala saya fikir malam tadi sebelum tidur. Berpeluh-peluh keringat mental saya. Kadang-kadang rasa macam buang tabiat bila fikir. Lepas itu malu sendiri. Awwwww malu dah.

Selalu saya perhati dan perdengar skrip azam tahun baru selalu macam ini:

"Tahun baru ni aku nak study bebetul taknak jadi macam tahun lepas. Lantak!" ucap Ali seraya membaca Dik Cerdas sambil membasuh laman secara naked. Nekad. NEKAD. AKU KATA NEKAD.

"Tahun baru ini saya nak mula menabung dan tidak lagi membazir." Dengan hati berbunga, Suraya mula ingin merancang sistem perakaunan tak bertauliah untuk diri sendiri.

"Gua rasa nak menikmati gaya hidup sihat, senaman dengan kerap dan mengambil pemakanan yang lebih berkhasiat". Ujar Daud kepada ayahnya sambil menikmati keasyikan menghisap sebatang rokok.

Yaaa itu dia kawan-kawan. Azam tahun baru tetapi kebanyakannya hanya dilaksanakan secara setengah-setengah atau tak terjadi langsung. Memandangkan lagi beberapa hari sahaja saya bakal memiliki angka 20 tahun, saya telah menganalisis antara tabiat setengah-setengah yang berlaku sepanjang kehidupan saya yang fana ini termasuklah pengambilan makanan berkhasiat. Tapi tahun ini macam sudah improve sedikit sebab sudah mula jatuh cinta terhadap coleslaw. Permulaan yang baik bagi pembenci sayur, bukan? Ya? Bukan?

Anyway, saya suka makan. Sangat suka makan. SANGAT SUKA MAKAN. Ini kerana saya suka kunyah dan saya pasti saya tak bertepuk sebelah lutut. Kunyah pun suka saya juga.

Oleh kerana saya dan kunyah memang serasi bersama, jadi sudah pasti saya ada pembekal medium kunyahan yang bukan sahaja berfungsi membantu saya menjalankan tanggungjawab mengunyah, tetapi turut memberikan saya keseronokan sampingan dan berasa diri cute! Tidak kah anda rasa berkunyah sambil cute itu sangat penting dalam kehidupan?

Apa? Anda rasa 'berkunyah sambil cute' itu tidak wujud dalam kamus hidup? Kalau macam itu, apakah arti medium kunyahan yang saya peroleh dari sini?















Ingin diingatkan saya tak bertanggungjawab dalam sebarang perbuatan atau ketaksuban terhadap kunyahan yang bakal anda hadapi harungi dan renangi setelah melihat gambar-gambar biskut ini. Sebab setahu saya, Pretty Sugar memang medicine saya kekal normal dan seimbang setiap hari. Yeeeeeehooooo I'm normal!

Jadi, kepada pencinta kunyah di luar sana, adakah anda berasa kunyah hati?

Sepatutnya skrip di atas lebih molek digunakan dalam situasi "Kepada penonton di belakang sana, adakah anda berpuas hati?" tapi kerana again, ia adalah cubaan penulis untuk mengaplikasi kemeriahan konsert di dalam penulisan blog.

Belia Cinta Kunyah Biskut!